Pages

TaBunG DerMa

Thursday, September 29, 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life | Official Music Video~~!!



Assalamualaikum wbt~~!!

Pada 27/09/2011 Mahir Zain Telah melancarkan video clip baru utk lagu paling femos antara lagu-lagu beliau iaitu For The Rest Of My Life... Jom layan best sangt and very cute...:)





Dalam versi Bahasa pon ade...cayalah abg Maher Zain...
Terima Kasih Bro...May Allah bless you..!!!




p/s : meme terbaek boh...^.^

Tuesday, September 27, 2011

Allah S.W.T Tidak Menerima Ibadah Hambanya Yang Tidak Ikhlas~~!!




Assalamualaikum WBT...


Riyaa' ialah beramal untuk dilihat orang, dipuji dilihat orang.
Ali bin Abi Thaalib r.a. berkata:

"Tanda orang yang riyaa' itu ada empat yakni malas jika bersendirian, dan tangkas jika dimuka orang, dan menambah amalnya jika dipuji, dan mengurangi jika dicela."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata, dari Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

Allah S.W.T. telah berfirman:

" Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada amal yang dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu."

Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah S.W.T. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada Allah S.W.T. Maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya. Bahkan tempatnya tetap dalam neraka jahannam.

Abdullah bin Almubarak meriwayatkan dari Abu Bakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abu Habib berkata: Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai kehadrat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaKu, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaKu ini tidak ikhlas kepadaKu dan amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka menganggap sedikit dan kecil sehingga sampai kehadapan Allah, maka Allah berfirman kepada para Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya itu dalam illiyin."


Thursday, September 15, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri ~~!!

Assalamualaikum wbt...


Warrgghhhh....lupo doh nok update blog...adoi...
banyok doh perubohe blaku cnie...parok molek sero...


Raso nyo belom terlambat lagi kot utk ambo ucap rayo dih...
walo pon hari nim hari rayo ke 13...huhu


Ambo ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada salah atau silap dalam apa2 yang ambo post dalam nie...Ambo ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL ADIL WALFAIZIN...MAAF ZAHIR & BATIN...^_^



Iblis DiUsiR Dari SyurGa KeraNa TiDak Sujud KepaDa Adam a.s~~!!







Assalamualaikum WBT~~!!


  Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. 

  Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.Kemudian Allah S.W.T. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.Setelah itu, lalu Allah S.W.T. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

  Ketika Allah S.W.T. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" (Allah S.W.T. lebih mengetahui),Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah S.W.T. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku."Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."

  Lalu Allah S.W.T. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."

  Maka Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

  "Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

  Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...