Artikal ini memuatkan beberapa perkara mengenai stadium baru yang akan dibina di Kelantan. Stadium ini diberi gelaran The Fortress (bermaksud Kubu) adalah bersempena nama pasukan kita iaitu The Red Warriors (Pahlawan Merah). Stadium ini diberi nama Stadium Sultan Muhammad ke-V sempena nama Sultan Kelantan.
Antara detail mengenai stadium ini :-
Surat Permohonan yang dihantar kepada PM...
Pandangan overhead Stadium Sultan Muhammad V.
Tempat duduk penonton turut dibina dengan mengambil kira faktor keselamatan memudahkan keluar masuk.
Kami banyak menerima cadangan agar dibina kawasan tontonan khusus, misalnya untuk Zon Keluarga (bagi mereka yang membawa kanak-kanak), Zon Berdiri (untuk fans yang die hard seperti Ultras) dan juga Zon Istimewa (untuk penyokong yang perlu khidmat khas atau mereka yang mengalami masalah mobiliti). Semua ini telahpun dibincangkan dengan arkitek dan planner bulan Insya Allah pelan dalam Stadium akan kami paparkan juga tak lama lagi.
Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.
Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung.
Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan insya Allah.
Sumber : TSAM
p/s : Kalu ado sebare kekurange atau kesilape mohon tegur deh...:)