Pages

TaBunG DerMa

Sunday, November 20, 2011

PerdeBatan AntaRa PuaK AtHieS Dengan ImaM Abu HaNiFah~~!!


Atheis : “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Imam Abu Hanifah : “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Atheis : “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Imam Abu Hanifah : “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Atheis : “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Imam Abu Hanifah : “Kamu pandai mengira?”

Atheis : “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Imam Abu Hanifah : “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis : “Nombor 3″
Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 3?”
Atheis : “Nombor 2″
Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Atheis : “Nombor 1″
Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 1?”
Atheis : “Tiada”

Imam Abu Hanifah : “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Atheis : “Tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Imam Abu Hanifah : “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Atheis : “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Imam Abu Hanifah : “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Atheis : “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Imam Abu Hanifah : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis : “Tentu sekali.”

Imam Abu Hanifah : “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis : “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Imam Abu Hanifah : “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Atheis : “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Imam Abu Hanifah : “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Atheis : “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Imam Abu Hanifah : “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Atheis : “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Imam Abu Hanifah : “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Atheis : “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Imam Abu Hanifah : “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Atheis : “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Imam Abu Hanifah : “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Atheis : “Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.”

Imam Abu Hanifah : “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Atheis : “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Imam Abu Hanifah : “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Atheis : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Imam Abu Hanifah : “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

*Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Imam Abu Hanifah : “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Sumber Syahirul.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...