Pages

TaBunG DerMa

Saturday, April 30, 2011

Cinta??~~!!



Assalamualaikum…wbt~~!!

segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. selawat dan salam kuhadiahkan kepada nabi yang kita amat cintai dan rindui serta kaum kerabat baginda dan juga kepada sahabat-sahabatnya yang sentiasa didalam rdho Allah. Pertama dan selamanya kita meninggikan rasa kesyukuran kita kepada Pencipta alam semesta ini kerana kita masih diberikan kesempatan dan peluang untuk kita sesama mmperbaiki diri kita bersama dua nikmat Allah yang paling besar bagi kita didalam Islam yakni nikmat Iman dan Islam..

amma ba’d…..

tajuk yang sesama kita akan kupas pada kali ini ialah CINTA. Perkataan cinta ini menampakkan impak yang besar bagi pemuda pemudi hari ini malah bagi kanak-kanak juga sudah mengenali istilah cinta ini. hal ini kerana, istolah cinta ini acapkali dimainkan dan diperdengarkan di media massa yang sememangnya menjadi wasilah kepada semua orang. Banyak lagu-lagu, filem-filem yang menjadikan cinta ini sebagai tema mereka. Persoalannya disisni, bagaimanakah istilah CINTA ini ditafsirkan..?? apakah benar cinta ini binasa..?? apakah benar cinta ini buta…??? apakah pengertian cinta dari sudut agama..??? persoalan-persoalan ini akan dikupas dan dibincangkan bersama para pembaca sekalian..

Pernahkah saudara saudari mendengar satu kata-kata cinta iaitu "cinta itu buta" ?? tentu semua pernah mendengar ungkapan tersebutkan..erm…namun adakah benar cinta itu buta ataupun yang bercinta itu buta..??? kerap kali kita apabila gagal dalam satu perkara terus menyalahkan perkara tersebut…sebagai contoh, jika kita gagal dalam pelajaran kita menyalahkan soalan susah, cikgu tidak mengajar dengan baik dan sebagainya. tetapi jika dilihat dengan betul, siapakah yang salah, soalan atau diri kita..??? begitu juga dengan cinta. kerap kali dilabelkan bahawa cinta itu buta, tapi bagi saya bukanlah cinta itu yang buta, jika cinta itu buta maka gelaplah dunia percintaan itu sendiri. Cinta itu adalah satu benda yang subjektif, ia sebenarnya satu benda yang amat-amat indah. sesungguhnya manusia telah diciptakan bersama fitrah yang cenderung kepada kecantikan dan kelazatan. Andai diberi pilihan antara susu yang manis dan susu yang masam mestilah kita memilih susu yang manis. Hal ini kerana fitrah kita inginkan kelazatan. jadi keindahan cinta ini janganlah ditukarkan kepada kepahitan hingga seseorang itu merasakan perit lagi untuk bercinta…

saudara saudari sekalian…

memang tidak dapat dinafikan bahawa cinta yang kekal dan hakiki itu adalah cinta Illahi…seterusnya cinta kita kepada rasul, sahabat2 baginda, seterusnya ibu bapa kita dan barulah kepada makhluk2 yang lain…cinta ini juga berbeza caranya mengikut peringkat…bagaimana cinta ini diekspirasikan akan disebut di lain kali…insyaAllah…cinta dari pandangan agama adalah tidak salah…kerana cinta itu pada hakikatnya adalah indah…dan cinta itu sendiri ada pada setiap insan…namun cinta ini boleh bertukar kpd buruk jika ianya dihiasi dengan melakukan larangan Tuhan…cinta selepas kahwin adalah paling indah jika dibandingkan dengan cinta sebelum kahwin…kerana perkara yang diharamkan berkaitan dengan cinta adalah di halalkan selepas ikatan perkahwinan terjalin…namun cinta sebelum kahwin juga dibolehkan jika mengikut 2 syarat…pertama…mestilah niat bercinta itu untuk berkahwin…dan kedua mestilah membatasi pergaulan tersebut dengan mengikut hukum syara’…

para pembaca yang budiman…

cinta itu lahir dari hati…perasaan cinta pada diri kita adalah normal.. perasaan cinta lelaki pada perempuan…perasaan cinta antara perempuan dan lelaki adalah normal…hal ini adalah kerana cinta ini adalah sesuatu yang abstrak…ia tidak dapat dilihat…ia hanya mampu dirasa…didalam bahasa arab di panggil .."af’al qulub" ataupun " mail qalbi"…perbuatan hati (abstrak) dan kecenderungan hati..cinta ini tidak dapat kawal kehadirannya…tetapi ia dapat dikawal jika sudah hadir…pengawalannya adalah dengan kita mengawal iman kita…

persoalan cinta ini adalah subjektif untuk dikupas…jadi saya rasa cukuplah setakat ini kupasan saya…memamg banyak lagi yang saya belum kupas…saya hanya ringkaskan penulisan saya…jika ada pembaca yang berminat unutk berkongsi pendapat dengan saya…amatlah dialu2kan…

sekia saja dari saya…segala baik, buruk dan kekurangan itu adalah dari Allah tetapi disandarkan kepada diri saya yang lemah lagi hina ini…wabillah taufiq wal hidayah…assalamualaikum…

sumber : sini 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...