Pages

TaBunG DerMa

Tuesday, November 27, 2012

MatYo BerSaMa JoHor MusiM HaDaPan~~!!


Hari ini juga secara rasminya, wakil KAFA yang hadir di hadapan Jawatankuasa Status turut mengesahkan bahawa pihak mereka tidak akan mendaftar nama Mat Yo bagi mewakili Kelantan pada tahun 2013.

Jadi, Mat Yo kini bebas dan boleh beraksi dalam mana-mana pasukan lain musim depan.

Apabila diumumkan telah bebas, maka dia sudah tidak terikat dengan KAFA.


Jadi mana-mana pasukan boleh mendaftarnya untuk musim depan.

Begitu pun, pihak terbabit
perlulah mematuhi setiap
syarat yang ditetapkan.

Mengikut perkara 8.5 kontrak pemain - pemain yang menamatkan kontrak sebelah
pihak perlu mmbayar baki
kontraknya kepada pasukan
asal.

Dan kami dimaklumkan
kontrak Mat Yo dengan KAFA masih berbaki setahun, jadi Mat Yo perlu membayarnya.

Jumlah bayaran tersebut bagaimanapun tidak dapat dijelaskan hari ini.

Mat Yo perlu membuat secara afidavit mengenai jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada Kelantan, seperti mana yang diminta oleh Kafa.

"Dan Kelantan akan menjawab dalam bentuk affidavit jawapan.

Apabila ada afidavit dan jawapan, barulah FAM akan memanggil untuk mendengar isu berkaitan tebusan kontrak
dan lain-lain.

Selepas itu, baru kami akan putuskan mengenai jumlah
bayaran tersebut. pengerusi JK FAM, D Takiyuddin ..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Info Dari JOHOR FAN CLUB

Norshahrul Idlan Talaha dijangka akan menandatangi kontrak bersama Pasukan Johor petang ini secara tertutup di salah sebuah Hotel di Kuala Lumpur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...