Pages

TaBunG DerMa

Thursday, February 21, 2013

10 UcaPan PaLing BeRaCun SeOrang PeNunTut ILMu~~!!


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu - Prof Dr Muhaya

1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'
Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com/


Sumber : sini

Wednesday, February 20, 2013

HTC One BaRu DiLanCarKan SeMaLam~~!!





Spec


TECH SPECS

HARDWARE

Height5.41 inches
Width2.69 inches
Thickness0.37 inches
Weight0.32 pounds
Form factorSlab
ColorSilver, Black
LoudspeakerStereo

DISPLAY

Screen size (diagonal)4.7 inches
TechnologyLCD
Pixel arrangementRGB
Resolution (Y)1920 px
Resolution (X)1080 px
PPI468
Touchscreen typeCapacitive
MultitouchYes

CONNECTIVITY

CarriersT-Mobile, Sprint, AT&T, Other
GSMYes
GSM frequencies supported1900, 1800, 900, 850
UMTS / HSPAYes
UMTS frequencies supported2100, 1900
LTEYes
LTE frequencies supported1900
WWAN data standards supportedUMTS, LTE, EDGE, GPRS
Wi-FiYes
Wi-Fi support802.11n, 802.11g, 802.11b, 802.11a
GPSYes
BluetoothYes
Bluetooth versionBluetooth 4.0
NFC supportYes
Media streamingDLNA

PROCESSOR

ManufacturerQualcomm
Brand / familySnapdragon 600
Clock speed1.7 GHz
Number of cores4

MEMORY

RAM size2 GB
RAM typeDDR2

STORAGE

Internal size64 GB, 32 GB
ExternalNo

FRONT CAMERA

Video resolution1080p

REAR CAMERA

Resolution4 megapixels
FlashLED
Video resolution1080p

SOFTWARE

Operating systemAndroid
SkinSense

INTERFACE

Video outYes
Headphone jack3.5mm
Other portsMicro USB, MHL

SENSORS

SensorsCompass (Magnetometer), Proximity, Ambient light, Gyroscope, Accelerometer

BATTERY

Capacity2300 mAh
RemovableNo


Sumber : Sini

Tuesday, February 19, 2013

PemBanTu RuMah DeRa BaYi DiPenJaRa 20 TaHun~~!!


PEMBANTU RUMAH DERA BAYI DIPENJARA 20 TAHUN.

Kuantan, 19 Feb - Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan
hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu. Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. "Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya. Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit
Setongkol di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang. Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba. Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut". Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - BERNAMA

Thursday, February 7, 2013

TelaDan : KiSah "LemBu iTu BoLeh TerBang!"~~!!


Assalamualaikum W.B.T

Selamat sejahtera, semoga sahabat-sahabat sentiasa ceria hendaknya , kali ini saya ingin memaparkan satu artikel yang tiba-tiba terlintas di minda untuk dicoretkan dan dikongsi bersama.adakalanya kita perlu memanjakan diri kita dengan humor tetapi tidaklah keterlaluan dan ianya bonus jika penuh pengajaran.

Di satu daerah di sebuah kampung , ada seorang yang agak ganjil dan selalu memencilkan diri , dimana sebenarnya beliau adalah orang yang selalu memikirkan masalah dunia dan ragam manusia yang tidak berkesudahan , beliau sebelumnya adalah orang yang sentiasa berjuang bersama-sama sahabat2nya namun kini beliau menyepikan diri..entah mengapa..hanya beliau yang mempunyai jawapan kepada persoalan misteri itu

Hendak dijadikan cerita , di dalam pelarian beliau dari memikirkan masalah dunia dan ragam manusia , dia telah memilih untuk memencilkan diri ke sebuah hutan supaya hatinya dapat tenang dari kehidupan yang penuh lakonan.Ketika sampai di kaki bukit di sebuah hutan yang berdekatan dengan rumahnya , terdapat sebuah gunung di mana puncaknya ialah sebuah kolam air , hatinya terkinja-kinja agar dapat sampai ke kolah tersebut,Sepanjang usaha dia mendaki gunung tersebut akhirnya dia jatuh ke dalam gaung yang dalam…

Pandangan nya gelap, terasa sendi-sendinya sakit dan beliau akhirnya pengsan!

Gerimis hujan yang menittik halus di wajahnya menyedarkan dirinya ..terasa sakit-sakit sendinya, dia memandang sekeliling ..dirinya masih berada di dalam gaung , tetapi ada satu peristiwa pelik , tiada lagi bunyi-bunyian unggas dan fauna yang kedengaran seperti mana ketika dia mula-mula tiba di hutan ini.

Yang kedengaran ialah suara-suara perbualan manusia , dia agak pelik …di mana dia sekarang? , dia tidak dapat tinggal lebih lama di dalam gaung ini, kerana jika hujan semakin lebat , nescaya keadaan menjadi lebih bahaya!

Setelah bersusah payah mendaki gaung itu , akhirnya dia sampai juga ke atas …kelihatan sekumpulan lembu yang sedang meragut rumput dan berbual-bual barangkali

Seekor lembu mendekati beliau , dan bermulalah kehidupan baru bagi dirinya iaitu berbual dengan sekor lembu!

Lembu : Siapa engkau?

Dia : Aku ni manusialah

Lembu : Takkanlah engkau lembu!

Dia : aik marah?

Lembu: Kau nak tengok aku marah ke? Tak Nampak tanduk aku ni?..aku sondol nanti!

Dia : eh..tak lah…janganlah marah…aku gurau aje..

Lembu : Kenapa kau ada kat sini?

Dia : Aku bosan dengan kehidupan aku , sebab di tempat aku ramai manusia yang pandai berlakon , lepas tu bila diajak kepada kebaikan mereka mencemuh aku , padahal mereka selalu menangung-agungkan perkara maksiat malah sahabat-sahabat perjuangan seakan menyisihkan aku!

Lembu : Jadinya engkau lari ini kerana sudah putus asa?

Dia: Mungkin begitulah..aku rasa dah tak mampu nak bagi nasihat kepada manusia di luar sana,aku rasa disinilah tempat yang paling selamat!

Lembu : Kan kau manusia dikurniakan akal untuk berfikir kan? , jadi fikirlah dengan akal kamu , jangan fikir dengan nafsu kamu!

Dia : Aik ..lembu pun pandai tarbiah..kau pernah pergi usrah ke lembu?

Lembu: Tak adalah sampai aku pergi usrah , tapi aku selalu meragut rumput dekat pondok di hujung kampung…budak-budak u-jam selalu buat usrah santai kat sana.

Dia : Oh..hebat jugak u-jam ni…lembu pun tahu!

Lembu : Kau percaya aku boleh terbang?

Dia: Kau jangan buat lawak , lembu mana boleh terbang?

Lembu : Itu maknanya kau tak percaya ukhwah & Mahabbah

Dia : aik..tarbiah lagi?

Lembu : Kau tahu siapa golongan yang Futur?

Dia: erm..tak tahu la..

Lembu : Mereka juga ialah golongan yang lari dari ukhwah & Mahabbah!

Dia : sekejap2..aku yang pening atau aku yang bengong ni…

Lembu: dua-dua!

Dia :Bila masa kau terbang? , setahu aku lembu besar gedabak macam kau ni jangan kata terbang! , kalau jatuh gaung macam aku ni , mati lapar lah kau nanti hahaha…

Lembu : Kenapa ya hujung tanduk aku ni rasa gatal-gatal? , moyang aku cakap ni petanda nak merodok orang!

Dia : eh…takdelah..aku bukan cakap lembu jenis macam kau ni…, kau ni comel..intan payung…hehe

Lembu : Aku akan terbang pada waktu pagi dan akan turun pula pada waktu petang

Dia: ye2 betul2?

Lembu : Apa yang betul?

Dia : err..kau terbang…eh..boleh tak halakan tanduk kau 90 darjah ke kanan…risau aku..

Lembu : boleh2..tapi kalau aku terkentut jangan marah na…

Dia : takpelah dapat busuk dari dapat sakit…huhu , Macamana kau boleh terbang?

Lembu : Aku terbang dengan Ukhwah & Mahabbah sesama makhluk

Dia : erm…macamana tu?

Lembu : Di Waktu pagi aku meragut rumput ..datang seekor burung yang membantu membersihkan kutu-kutu di badanku..padahal burung itu sebenarnya mengambil kesempatan untuk mencari rezeki di belakang badanku..

Dia : Kau fikir begitu?

Lembu : Aku berfikir dengan Khusnul Dzon (Sangka Baik) ..aku berfikir burung itu sedang membersihkan badan aku..jika aku berfikir Sangka buruk..sebenarnya burung ini mengambil kesempatan mencari makanan diatas badan aku!

Dia : Kau tak halau burung itu?

Lembu : Tidak kerana ..apabila dia terbang dia membawa sama perasaan mahabbah…dan dia akan kembali kepadaku demi ukhwah yang ikhlas..dan dia terbang umpama aku juga terbang bersama-samanya…

Ukhwah bukan perkara yang boleh dibuat – buat, ukhwah bukanlah dimasa berpelukan mengucapkan tahniah diantara siapa yang menang dan kalah, ukhwah bukanlah berpelukan meraikan kemenangan berpilihanraya, ukhwah bukanlah berpegang tangan ketika berdemontrasi, ukhwah bukanlah menepuk meja tanda setuju tetapi ukhwah ialah satu tindakan hati yang bersih, suci kepada seseorang yang dikasihi.

Walaupun sakit burung itu mematuk-matuk badanku..tetapi aku tahu bahawa itu fitrah si burung…

Dia : Lalu…aku ni , yang lantang berjuang..tetapi bila aku sakit …bila aku sepi ..tiada siapa yang sudi menjenguk aku..padahal aku ini adalah pejuang!..sama seperti mereka..Kadangkala aku ada pendapat yang lebih bernas..tetapi mereka tidak pedulikan..sampai masanya aku yang patut memegang jawatan tetapi disisihkan…aku bosan dengan mereka..bagi aku hidup seorang diri lebih baik dari menanggung rasa dengan mereka!

Lembu : ingatlah Firman Allah S.W.T : “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar , tentulah mereka akan menjauhikan diri daripada sekeliling mu, kerana itu maafkanlah mereka. mohonkanlah ampun bagi mereka , dan bermusyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad , maka bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakalkepadanya”
Ali-Imran :159

Seorang ulama tasawuf terkenal, Fudhail bin Iyadh pernah menyebut: “Meninggalkan sesuatu amal kerana manusia adalah riak. Melakukan sesuatu amalan kerana manusia pula adalah syirik. Penyelamat daripada kedua-duanya ialah ikhlas.”

Dia : Erm..baiklah lembu yang boleh terbang!

Tiba-tiba dia terdengar sayup-sayup org memanggil namanya..dan terasa kepalanya amat berat…dan dia membuka kelopak mata perlahan-lahan…dalam pendangan yang kabur dia melihat sekelilingnya teman-teman seperjuangan ..rupa-rupanya kehilangan dia dicari oleh sahabat-sahabat dan dia dijumpai pengsan di dalam sebuah gaung di pinggir hutan!

Sahabat-sahabat : Ya Allah syeikh…apa dah jadi dgn anta ni??

Dia : Aku melihat lembu yang boleh terbang!

Artikel Asal : Ibnu Rahman

http://u-jam.blogspot.com/2011/06/lembu-itu-boleh-terbang.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...