Pages

TaBunG DerMa

Tuesday, March 26, 2013

RuKun IsLam Dan RuKun IMan~~!!


Assalamualaikum wbt~~!!

#Rukun Islam.

1. Mengucap Dua Kalimah Syhahadah

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya". Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.

2. Sembahyang 5 Waktu Sehari Semalam

Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

3. Berpuasa Di Bulan Ramadan

Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

4. Mengeluarkan Zakat

Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

5. Mengerjakan Haji Di Baitullah

Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.

#Rukun Iman.

1. Beriman kepada Allah.

Dengan iman kita membulatkan keyakinan diri serta hati semata-mata kerana Allah. Secara positif menuju tauhid yang murni dan secara negatif menafika segala bentuk pemujaan kepada selain dari Allah.

2. Beriman kepada malaikat.

Dengan iman kita mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak diberitakan Allah.

3. Beriman kepada kitab.

Iaitu kita mempercayai adanya kitab suci yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusan-Nya bagi memimpin mereka ke jalan yang selamat. Kitab suci ini di akhiri dengan al-Quran.

4. Beriman kepada nabi dan rasul.

Dengan beriman kepada nabi dan rasul kita meyakini adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk yang di akhiri dengan Nabi Muhammad.

5. Beriman kepada hari kiamat.

Dengan iman kita meyakini di sebalik kehidupan di dunia ini masih ada kehidupan lain yang kekal abadi buat selama-lamanya iaitu suatu tempat penentuan manusia sama ada ke syurga atau neraka.

6. Beriman kepada qada' dan qadar.

Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita meyakini di samping usaha yang dilakukan hanya Allah yang bakal menentukan dan segalanya terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Sumber : sini sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...