Pages

TaBunG DerMa

Monday, March 5, 2012

Tip KonSisTen SoLat SuBuh~~!!



Assalamualaikum wbt~~!!


Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelakkan terserempak dengan pengawas atau dimarahi guru disiplin. Tetapi kenapa masih ramai masih liat bangun solat Subuh?. Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa alasan berdasarkan tip berikut:



  1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikan hak-hak-Nya. Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk, sejuk yang menggigit dan sebagainya.
  2. Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
  3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
  4. Memperbanyakkan doa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
  5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti(keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun awaldan solat Subuh. jika berseorang berasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
  6. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi. Jauhilah minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah untuk tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan berkemungkinan terlepas solat Subuh.
  7. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh. Tetapkan penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh. Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan subuh terutamanya lafaz "solat itu lebih baik dari tidur". Kemudian bingkas dan lekas berwuduk dan menunaikan solat Subuh.
  8. Ajaklah orang lain solat subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
  9. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udara, kedinginan hawanya, kicauwan burung dan sebagainya. Kemudian tanamlah tekad ingin menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
sumber : Ustaz Pahrol



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...