Rasulullah saw adalah mempunyai tubuh yang bau yang wangi dan segar yang semula jadi. Wangian ini melebihi wangian yang wujud di dunia ini. Anas r.a. menceritakan :
ما شممت عنبرا قط ولا مسكا ولا شيئا أطيب من ريح رسول الله
Maksudnya: “Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi dari bau Rasulullah saw.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Walaupun begitu baginda tetap memakai minyak wangi yang dipanggil sukkah (HR Abu Dawud – sanad hasan).
Jika seseorang diberi wangian seperti minyak wangi, bedak dan sebagainya maka disunat dia menerimanya. Nabi SAW diriwayatkan dalam hadis bahawa baginda tidak menolak pemberian minyak wangi (HR Bukhari).
Nabi saw bersabda:
من عرض عليه ريحان فلا يرده
Maksudnya : “Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (HR Muslim)
Memakai wang-wangian adalah sunnah Rasulullah saw terutama ketika solat dan bersama masyarakat ketika menjalankan tugas kerana Islam tidak suka umatnya berada di dalam keadaan berbau badan atau peluh kerana bauan ini boleh menyakitkan hidung sesiapa yang mendekatinya.
Sumber : sini
No comments:
Post a Comment