Pages

TaBunG DerMa

Saturday, March 24, 2012

Mari Mengenali Sifat Fizikal Rasulullah S.A.W Dengan Lebih Dekat~~!!


Assalamualaikum wbt~~!!

Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka.

Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.

Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.

Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.

Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.

Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 14 helai.

Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.

Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.

Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.Berhidung mancung.

Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.

Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.

Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.

Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.

Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)

Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak.

Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.

Kakinya juga besar/agak sasa.

Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.

Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.

(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumiddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazaly imam Al-Ghazali" dll sumber pelbagai )


TANDA KENABIAN RASULULLAH S.A.W

Jabir Bin Samurah ra meriwayatkan :

"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua bahu Rasulullah saw iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati."

(HR Tirmizi, Muslim dan Ahmad)


KERAPIAN RAMBUT RASULULLAH S.A.W.

Abdullah Bin Mughaffal meriwayatkan :

"Rasulullah saw melarang kami untuk merapikan rambut dgn berlebihan, kecuali hanya sesekali."

(HR Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)


UBAN RASULULLAH S.A.W.

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah S.A.W"

(HR Tirmizi dan Ahmad)


Ibnu Abbas meriwayatkan :

"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah saw,

'Wahai Rasulullah, anda telah beruban.' Maka beliau berkata dengan bersabda, 'Yang membuatku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al Mursalaat, An Naba' dan At Takwir."

(HR Tirmizi, Ibnu Saad dan Hakim)


RASULULLAH S.A.W. BERCELAK

Jabir Bin Abdulllah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Hendaklah kamu (memakai celak) dengan menggunakan batu celak (al – itsmid) ketika hendak tidur, sebab hal itu dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata)."

(HR Tirmizi dan Ibnu Adi)


PAKAIAN RASULULLAH S.A.W.

Ummu Salamah meriwayatkan :

"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah pakaian gamis."

(HR Tirmizi dan Abu Dawud)


BENTUK SELIPAR RASULULLAH S.A.W.

Qatadah meriwayatkan :

"Saya bertanya kpd Anas Bin Malik, 'Bagaimana bentuk selipar Rasulullah saw.? 'Anas Bin Malik menjawab, 'Sepasang selipar beliau menggunakan dua buah Qibal."

(HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Qibal adalah pelana selipar, iaitu batas depan selipar berupa tali yg diletakkan di antara dua jari kaki.


SERBAN RASULULLAH S.A.W.

Ibnu Umar meriwayatkan :

"Ketika Rasulullah S.A.W. mengenakan serban, beliau menghulurkan serban itu di antara kedua bahu beliau."

(HR Tirmizi dan Abu Syaikh)


BATASAN MEMAKAI KAIN SARUNG SEPERTI RASULULLAH S.A.W.

Huzaifah Bin Al Yaman meriwayatkan :

"Rasulullah saw memegang urat betisku atau betis beliau, lalu berkata, 'Inilah batas engkau mengenakan kain sarungmu. Jika engkau enggan (menggunakan kain sarung sebatas betis), maka janganlah kain sarung itu sampai menutupi kedua mata kakimu!"

(HR Tirmizi, Ibnu Majah, Nasa'i dan Ahmad)


CARA RASULULLAH S.A.W. BARING

Abdullah Bin Zaid meriwayatkan :

"Ia (Abdullah) melihat Rasulullah saw tidur terlentang di dalam masjid dan meletakkan salah satu kaki beliau di atas kaki yg lain."

(HR Tirmizi, Bukhari dan Muslim)


CARA RASULULLAH S.A.W. MAKAN

Ka'ab Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selesai makan, beliau menjilat ketiga-tiganya."

(HR Tirmizi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)


GELAS MINUM RASULULLAH S.A.W.

Tsabit meriwayatkan :

"Anas Bin Malik mengeluarkan sebuah gelas yang terbuat dari kayu keras dan dilapisi besi seraya berkata, ` Wahai Tsabit, ini adalah gelas Rasulullah S.A.W."

(HR Tirmizi, Bukhari dan Ahmad)


CARA RASULULLAH S.A.W. MINUM

Abdullah Bin Amr Ibnul Ash meriwayatkan :

"Saya terkadang melihat Rasulullah minum dalam keadaan berdiri dan terkadang dalam keadaan duduk."

(HR Tirmizi dan Ahmad)


Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah saw menarik nafas (menjeda) tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Beliau bersabda, `Hal ini lebih menyehatkan dan memuaskan."

(HR Tirmizi,Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)


RASULULLAH S.A.W. SENTIASA MENGGUNAKAN MINYAK WANGI

Anas Bin Malik meriwayatkan :

"Rasulullah saw memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan diri."

(HR Tirmizi, Abu Dawud dan Ibnu Sa'ad)


CARA RASULULLAH S.A.W. BERBICARA

Hasan Bin Ali meriwayatkan :

"Saya pernah bertanya kepada bapa saudaraku, Hindun bin Abu Halah yang sangat pandai menggambarkan sesuatu. Saya katakan kpdnya, gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah saw berbicara!'

Ia berkata,

Rasulullah adalah seorang yamg nampak selalu prihatin dan sentiasa berfikir. Beliau lebih banyak diam dan berbicara hanya seperlunya. Beliau memulai dan mengakhiri pembicaraan beliau dengan menyebut nama Allah. Ucapan beliau selalu padat, terperinci dan jelas, tidak lebih dan tidak kurang, tidak kasar dan tidak merendahkan.

Beliau selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Beliau tidak pernah mencela dan memuji makanan. Urusan dunia beserta isinya tidak pernah membuatkan beliau marah. Jika kebenaran dilanggar, beliau tidak akan diam hingga kebenaran itu ditegakkan. Beliau juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuangkan kepentingan peribadi.

Ketika menunjuk sesuatu, beliau selalu menggunakan seluruh tangannya. Dalam keadaan ta'jub atau terkejut, beliau selalu membalik (tapak tangannya). Ketika berbicara terbiasa menggunakan
tangan untuk memperjelas perkataan dengan cara memukul-mukul tapak tangan kanan ke tapak jempol kiri.

Ketika marah, beliau berbalik dan berpaling. Ketika senang, beliau menundukkan pandangan. Ketawa beliau adalah senyuman dan gigi beliau nampak seperti butiran salji."

(HR Tirmizi)


CARA RASULULLAH S.A.W. BERGURAU

Hasan Al Bashri meriwayatkan :

"Seorang perempuan yg sudah tua mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, `Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'

Beliau menjawab,

Wahai Ummu Fulan! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yg sudah tua.'

Mendengar hal itu, perempuan itu segera bergegas sambil menangis. Maka Rasulullah berkata,

Beritahukan kepada perempuan itu bahwa ia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua.

Allah swt berfirman,

"Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung; lalu kami jadikan mereka perawan-perawan yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya.' (QS Al Waqiah 35 -37)"

(HR Tirmizi dan Thabrani)


CARA RASULULLAH S.A.W. TIDUR

Aisyah meriwayatkan :

"Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah saw selalu menyatukan kedua tapak tangan beliau seraya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas, kemudian beliau meniup kedua tapak tangan beliau. Setelah itu, dengan kedua tapak tangan itu, beliau mengusap bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah, sehingga bahagian depan tubuh beliau. Hal itu beliau lakukan tiga kali."

(HR Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Nasa'i)


TEMPAT TIDUR RASULULLAH S.A.W.

Aisyah meriwayatkan :

"Sungguh, tempat tidur Rasulullah saw terbuat dari kulit binatang yang dijejali sabut."

(HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)


AKHLAK RASULULLAH S.A.W.

Aisyah meriwayatkan :

"Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah saw berusaha untuk membalas kezaliman yang beliau terima, selama hal itu tidak menyebabkan larangan Allah dilanggar. Jika larangan Allah dilanggar, maka beliaulah yang paling keras mengungkapkan kemarahan. Jika beliau dihadapkan kepada dua pilihan, maka beliau akan memilih yang paling mudah selama (hal yg lebih mudah itu) tidak menyebabkan dosa."

(HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)


KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W.

Aisyah meriwayatkan :

"Kami, keluarga Muhammad, pernah tidak menyalakan api (memasak makanan) selama sebulan penuh. Kami hanya makan kurma dan air."

(HR Tirmizi, Ahmad, Ibnu Sa'ad dan Ibnu Hibban)


KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W.

Qasim Bin Muhammad meriwayatkan bahwa Aisyah berkata :

"Saya melihat Rasulullah saw pada hari kewafatan beliau. Di sisi beliau, terdapat sebuah bejana yang berisi air. Beliau memasukkan tangan ke bejana itu, kemudian mengusap wajah dengan air, lalu berdoa, 'Ya Allah, bantulah aku mengatasi sakratulmaut."

(HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Sa'ad)


WARISAN RASULULLAH S.A.W.
Amr Bin Harith meriwayatkan :

"Rasulullah S.A.W. tidak meninggalkan sesuatu sebagai harta warisan selain sebilah pedang, seekor baghal dan sebidang tanah yang dijadikan sedekah."

(HR Tirmizi, Ibnu Sa'ad dan Ahmad)


BERMIMPI MELIHAT RASULULLAH S.A.W.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa melihatku di dalam mimpi, maka ia benar-benar telah melihat diriku kerana syaithan tidak dapat menyerupaiku."

(HR Tirmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)


Ya Allah, tempatkanlah Nabi Muhammad saw di tempat yang tinggi di SyurgaMu di samping mendapat kelebihanMu. Angkatkanlah baginda ke makam yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Kurniakanlah Syafaat NabiMu kepada kami di akhirat nanti dan kami juga mengharapkan untuk dapat minum di Telaga Al Kauthar yang diberikan kepada hambaMu yang mulia Muhammad Al Mustofa S.A.W

Ameen Ya Rabbal Alameen.



sumber : sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...